Saya Tidak Gentar Dengan Kehadiran Pelakon Baru - Fizz Fairuz

21 April 2017. 12.56 PM
1,458
Hiburan
Saya Tidak Gentar Dengan Kehadiran Pelakon Baru - Fizz Fairuz
Pelakon Fizz Fairuz mengakui tidak gentar dengan lambakan kehadiran pelakon baru dalam mewarnai industi hiburan tanah air.

Fizz atau Mohd Fairuz Zainil Abidin, 38, berkata, sebagai seorang pelakon dia harus memberikan naskah yang terbaik kepada penonton supaya namanya masih kekal dalam industri.

"Saya tidak gentar dengan kemunculan pelakon baru dalam industri kerana kehadiran mereka adalah untuk memberi persaingan positif kepada aktor-aktor lama ini.

"Soal terjejas atau tidak dengan kemunculan bakat baharu, itu bergantung atas diri masing-masing kerana saya telah memberikan naskhah yang terbaik untuk peminat saya.

"Bagi saya populariti bukan perkara utama kerana jika disuruh saya berlakon filem, sebulan sekali pun saya boleh lakukannya namun hasilnya akan jadi tidak berkualiti.

"Walaupun saya sudah tidak lama berlakon namun karya saya masih di ingat sehingga sekarang dan ada peminat yang sering bercerita mengenai filem-filem tersebut," katanya kepada Astro Gempak.

Fizz berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya bertajuk Hospital, di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Fizz, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk filem Munafik 2 dan sebuah drama untuk slot Akasia.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan


Komen