Sumbat Belut Hidup Dalam Dubur Untuk Rawat Sembelit, Lelaki Hampir Mati

21 April 2017. 3.45 PM
2,449
Gaya Hidup
Sumbat Belut Hidup Dalam Dubur Untuk Rawat Sembelit, Lelaki Hampir Mati
Sekumpulan doktor di Guangzhou, China berjaya mengeluarkan seekor belut yang masih hidup sepanjang setengah meter dari perut seorang pesakit lelaki.

Dipercayai, pesakit itu memasukkan haiwan itu ke dalam perut untuk merawat sembelit yang dialaminya.

Lelaki itu dikejarkan ke hospital minggu lalu setelah belut yang dimasukkan melalui dubur itu mula mendatangkan kesan kepada usus.

Memetik laporan South China Morning Post, pesakit itu dikejarkan ke hospital apabila perutnya mengembang seperti belon.

Menerusi pembedahan, doktor mendapati belut berkenaan telah memecahkan ususnya hingga hampir membunuhnya.

Belut paling mudah didapati di bahagian selatan China.

Pada tahun 2013, seorang lelaki dari Guangdong dimasukkan ke hospital selepas memasukkan belut dalam badannya untuk kenikmatan seksual.

Awal tahun ini pula seorang wanita dimasukkan ke hospital atas sebab sama.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: South China Morning Post

Artikel Berkaitan


Komen