Pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaireyll Benjamin Ibrahim ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki menyembunyikan dadah jenis syabu.

Benjy, 38, ditahan di Lapangan Terbang Kualanamu, Deli, Serdang, Sumatera Utara pada malam semalam (Selasa).



Ketika penangkapan dibuat, pelakon itu menyembunyikan dadah seberat 14 gram di dalam duburnya.

Berita itu disahkan oleh Ketua Jabatan Kastam Kualanamu, Zaky Firmansayah.

"Pelaku bernama Khaeryl atau Benjy (38). Dia pelakon di Malaysia dan menjadi artis sejak muda.

"Ibunya seorang artis ternama di Malaysia," katanya kepada media tempatan.

Tambah Zaky, kedatangan Benjy ke Medan untuk mencari deejay.

"Setelah pemeriksaan dilakukan, pihak kami menemui dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di dalam dubur.

"Tertuduh boleh dikenakan hukuman mati kerana menjadi pengedar syabu namun kes itu masih disiasat," katanya.

Benjy kini ditahan oleh pihak berkuasa Ditresnarkoba Polda Sumut.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Detik News