Pelawak Ajak Shiro akui mempunyai cita-cita untuk melibatkan diri dalam dunia pengarahan.

Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 32, minatnya terhadap filem patriotik membuatkan dirinya teringin untuk mempunyai sebuah filem arahan sendiri.

“Saya dah jadi pelakon, pelawak dan juga penyampai radio, dan jujur saya katakan saya bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah pula.

“Sebenarnya saya juga pernah berlakon dalam satu telemovie di mana idea-idea pengarahan itu datangnya daripada saya dan Shahrol sendiri.

“Saya akui ilmu dalam bidang pengarahan memang belum ada dan tak pandai nak gunakan bahasa-bahasa pengarah.

“Terus-terang katakan, sebelum jadi pengarah saya perlu menuntut ilmu untuk mendapatkan hasil yang berkualiti. Tidak boleh sekadar mengarah sahaja.

“Saya faham perkara ini mengambil masa yang lama dan saya tak kisah sebab saya tak mahu menjadi pengarah hanya kerana populari sebalik mahu jadi yang berilmu.

“Kalau ditanya mengenai filem, saya lebih sukakan cerita-cerita patriotik dan kalau perasan, kita agak kita agak kekurangan dengan genre-genre begini.

“Jadi andai katalah saya diberi pelunag untuk menjadi pengarah, saya mahu mengarahkan filem berunsurkan sebegitu,” katanya kepada Astro Gempak.

Ajak dan Shahrol Shiro bersama enam peserta lagi akan meneruskan perjalanan mereka di minggu kesepuluh MLM 2017, bertemakan 'Kisah Seram Berloghat & Viral'.


MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Datuk Aznil dan Neelofa yang akan mengadili para peserta.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik di sini ----> MAHARAJA LAWAK MEGA 2017

Teks Oleh: Mya Amri