Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), Vicha mengakui kagum dengan pencapaian kumpulannya, Masin apabila dapat melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 29, berkata, mereka tidak menyangka akan berada pada tahap sekarang dan menggangap jika berjaya memasuki peringkat akhir MLM 2017 itu merupakan satu bonus.

"Kami merupakan kumpulan baru yang ditubuhkan dan ia adalah pencapaian yang luar biasa bagi Masin.

"Alhamdulillah kami masih dapat bertahan sehingga minggu kesembilan dan akan memperbaiki kelemahan yang ada pada kumpulan ini.

"Apa yang kami boleh lakukan adalah berikan persembahan terbaik untuk setiap minggu dan jika dapat masuk ke final kami anggap itu sebagai bonus kerana semua peserta hebat," katanya kepada Astro Gempak.

Vicha ditemui ketika majlis sidang media minggu kesembilan MLM2017 bertempat di Royal Theater Shah Alam pada Jumaat.

Masin bersama enam peserta lagi yang akan meneruskan perjalanan mereka di minggu kesepuluh MLM 2017, bertemakan 'Kisah Seram Berloghat & Viral'.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Datuk Aznil dan Neelofa yang akan mengadili para peserta.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik di sini ----> MAHARAJA LAWAK MEGA 2017

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi