Pelakon Emma Maembong kini berada di hospital selepas difahamkan jatuh sakit beberapa hari lalu.

Pelakon Kamal Adli menerusi laman Instagram (IG) telah memuat naik foto Emma yang terlantar sakit di hospital.

Kamal memberitahu dia berharap agar semua mendoakan kesihatan Emma supaya cepat cembuh.

Berikut merupakan kapsyen yang di tulis:

"Ya Allah kau sihatkan la cepat gadis baik ini... kuatkan semangat dia ya.. harap yg baca ni doa yg baik2 n pelihara kesihatan @emma_maembongofficial ya.. ps: sakit2 pun cantik,"

Sementara itu, Emma menerusi entri terbarunya di IG memuat naik fotonya di hospital yang menyambut hari lahir Kamal.

Menerusi entri itu Emma memberitahu dia terharu dengan Kamal yang sanggup menjaganya di hospital sehinggakan tidak cukup tidur.

"Happy birthday @kamaladli sorry on ur birthday kene jaga sy dekat hospital plk.
Nampak sgt muka tak cukup tido. Walaupon xberapa sihat gigih sy nk suprise kan awk dgn cake n hadiah . Hope u like it . And thank u @lavieenrose.patisserie untuk this beautiful cake lain dari yg lain. #emmamaembong #emavengers @emavengers,"


Emma kemudian dihujani komen daripada pengikuit IG yang mendoakan agar dia cepat sembuh.