Penyanyi Black membuat kejutan untuk isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi dengan menghadiahkan sebuah kereta model Mini Cooper.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah berkongsi berita tersebut menerusi entri terbaru di laman Instagram Black (@black.hanifah).

Daddy tak mampu bagi bintang dan bulan. Hanya boleh bagi ni ja. #nyawablack @cirakhairy #blackpirlo #surprise #minicoopers #anugerahterindah,” tulis Black.

Tindakan Black menghadiahkan kereta Mini Cooper berwarna putih kepada isterinya membuatkan isterinya terkejut dan terharu.

Peminat serta pengikut Instagram penyanyi lagu Mana Mungkin ini turut meninggalkan komen memuji tindakan Black.

“@katiniadenan: Bangganya kalau suami macam Black. Tak kisahlah apa dia hadiahkan asalkan dia tahu menghargai.”

“@noorul_honey: Cry watching this. So sweet.”

“@suekareza: Wah. Bagusnya Black. Menghargai isteri.”

“@nana_deanna88: Alhamdulillah. Bila kita memberi pada isteri, Allah akan luaskan lagi rezeki kita.. Semoga berbahagia. Bertuah @cirakhairy @black.hanifah.”

Black dan isteri mendirikan rumah tangga pada September 2013. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Khaleef Dayyan pada 13 Januari 2015.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

daddy xmampu bagi bintang dan bulan.. hanya boleh bagi ni ja... ?? #nyawablack @cirakhairy #blackpirlo #surprise #minicoopers #anugerahterindah

A post shared by #NYAWABLACK CIRAKHAIRI (@black.hanifah) on