Ayda Jebat Terima Panggilan Telefon Daripada Pemanggil Misteri

19 April 2017. 12.57 PM
3,451
Hiburan
Ayda Jebat Terima Panggilan Telefon Daripada Pemanggil Misteri
Pelakon Ayda Jebat telah beberapa kali menerima panggilan telefon daripada pemanggil misteri.

Nombor telefon yang tidak dikenali itu telah menghantuinya sejak beberapa hari yang lalu sehinggakan Ayda berasa takut untuk mengangkatnya.

Namun situasi itu hanya terjadi di dalam drama mini digital 3 Gadis Manis episod 6 yang bersiaran di portal Astro Gempak menerusi laman www.3gadismanis.com.my

Ayda yang membawa watak Mimi itu seorang super model dan dia baru sahaja dianaiya oleh seorang jurufoto.

Terdahulu jurufoto tersebut telah  mengambil kesempatan terhadapnya sehingga dia hampir dirogol.

Selepas kejadian tersebut Mimi berubah menjadi seorang yang murung.

Oleh kerana bimbang peristiwa tersebut berulang lagi, dia telah menjadi fobia untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang model.

Apakah kesudahan kisah Mimi di episod akhir ini dan bagaimana hubungan Aisyah yang dilakonkan oleh Mira Filzah dengan Nadya (Cristina Suzanne) selepas berlaku pertengkaran di episod lalu?

Saksikan 3 Gadis Manis setiap hari Rabu jam 4 petang di Astro Gempak.

Teks oleh Syafiqah Jalal

Artikel Berkaitan


Komen