Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho bakal menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi.

Perkara itu disahkan oleh syarikat pengurusannya, MYM Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

“Tarikh latihan ketenteraan Lee Min Ho baru saja disahkan hari ini dan benar dia bakal melaksanakan tanggungjawabnya kepada negara pada 12 Mei depan di Gangnam,” jelasnya ringkas.

Dalam pada itu, berita mengenai latihan ketenteraan Lee Min Ho itu telah mengejutkan para pemintanya.

Rata-ratanya meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat melihat lakonan hebat aktor tersebut di kaca televisyen selam dua tahun.

Tidak kurang juga ada yang mengucapkan selamat maju jaya dan memohon supaya pelakon kesayangan mereka itu menjaga diri sepanjang latihan berlangsung.

Terdahulu, spekulasi mengatakan Lee Min Ho bakal memasuki latihan ketenteraan pada Mac atau April tahun ini namun perkara itu dinafikan oleh syarikat pengurusannya.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Koreaboo