Saluran Animal Adventure Park di You Tube talah mendapat perhatian jutaan penonton sejak ia mula dilancarkan.

Animal Adventure Park, yang memaparkan kehidupan seekor zirafah betina dan kini berada di tempat kedua dalam senarai saluran paling banyak di tonton di You Tube.

Seekor Zirafah bernama April telah menjadi tular selepas saluran tersebut memulakan siaran secara langsung pada Februari lalu.

Antara sebab mengapa saluran tersebut mendapat tontonan yang tinggi adalah kerana April dikatakan sedang bunting dan penonton tidak sabar untuk melihat detik zirafah itu beranak.

Sabtu lalu, April telah melahirkan anaknya dan jumlah penonton di saluran tersebut meningkat secara mendadak.

Menurut You Tube, saluran itu telah mencatat 232 juta tontonan, dengan masa tontonan mencecah 7.6 bilion minit.

Jumlah penonton yang menonton April melahirkan anak secara langsung pula adalah sebanyak 14 juta.

Saluran itu juga telah mengalahkan selebriti lain seperti Lady Gaga, Zayn Malik, dan kini berada di tempat kelima dalam senarai saluran yang paling pantas mencecah angka tontonan melebihi 200 juta.

Berikut kami kongsikan video April yang telah mendapat 14 juta tontonan di You Tube:



Sumber : Astro Awani, 6abc.com
Olahan : Izzat Ridzwan