Seorang peminat tegar filem aksi Star Wars terpaksa berpindah rumah gara-gara tiada ruang untuk menyimpan koleksi permainan terbarunya.

Jason Buxton, 46, kini memiliki lebih daripada 20,000 koleksi patung, permainan, dan pelbagai jenis model yang disimpan di dalam rumahnya.

Disebabkan itu, Buxton terpaksa mencari rumah yang lebih besar agar dapat menambah koleksi terbaru filem tersebut.

Dia yang merupakan bapa kepada dua orang anak telah mula mengumpul koleksi kegemarannya itu sejak berusia 12 tahun.

”Setiap wang yang saya perolehi, saya akan beli koleksi filem Star Wars. Saya juga telah habis ribuan ringgit untuk mengumpul koleksi terbaru dan saya amat berpuas hati dengannya.

”Jika tiba musim perayaan, ahli keluarga dan rakan-rakan akan hadiahkan barangan Star Wars kepada saya,” kata Buxton.

Buxton juga dikatakan akan menonton setiap filem terbaru Star Wars secara berulang kali.

Berikut kami kongsikan gambar keadaan rumah Buxton yang dipenuhi dengan koleksi Star Wars kegemarannya:





Sumber : Mirror.co.uk
Foto : Mirror.co.uk
Olahan : Izzat Ridzwan