Ramai yang tidak menyangka, kerjaya menangkap ketam mampu menjana pendapatan sehingga USD$50,000 hingga USD$100,000 (RM220,000 hingga RM440,000) semusim.

Di Alaska, kerja menangkap ketam antara kerjaya paling berbahaya dan disifatkan memperjudikan nyawa.

Biro Statistik Buruh negara itu meletakkan kerjaya menangkap ketam paling berisiko dengan nisbah 300:100,000. Bermakna hanya 300 orang sahaja mampu hidup daripada 100,000 orang.

Risiko

Kebanyakan pekerja yang terbabit dalam lapangan itu meninggal dunia akibat lemas di laut atau hipotermia (suhu rendah melampau daripada paras normal).



Ada juga yang cedera dan cacat anggota badan ketika memproses hasil tangkapan di atas kapal.

Selain itu, mereka berdepan dengan serangan ketam yang boleh membuatkan mereka cedera teruk akibat terkena sepit.

Proses menangkap ketam juga mengambil masa lebih 20 jam sehari.



Musim sejuk

Waktu paling sesuai untuk menangkap spesies ketam itu ketika musim sejuk, yang mana suhu air laut sangat dingin ditemani ribut taufan.

Biasanya, pekerja akan berada di laut selama dua bulan.

Maka, risiko yang ditanggung oleh pekerja ini menjadikan nilai pendapatan hasil tangkapan mencecah RM220,000 hingga RM440,000.



Harga ketam

Hidangan laut terutamanya ketam menjadi makanan popular di Alaska dan harga seekor ketam jenis itu menjangkau RM660.






Olahan oleh Amri Hassan
Sumber Alaska Fishing Job Network