Bekas suami Julia Perez iaitu pemain bola sepak Argentina, Gaston Castano dilihat turut bersimpati dengan keadaan pelakon tersebut

Menerusi laman Instagram (IG) Gaston telah memuat naik foto poster kutipan amal membantu dana perubatan Julia Perez daripada artis-artis Indonesia.

Serentak dengan itu, Gaston telah memberi kata-kata semangat buat bekas isterinya yang kini terlantar sakit akibat barah pangkal rahim tahap empat.

Gaston menulis:

"Tetap semangat KECIL. Never give up TIGER @juliaperrezz,"



Julia kini dilaporkan kritikal dan sedang bertarung nyawa melayan barah yang dihidapnya.

Gaston sehingga kini dilaporkan belum pernah melawat Julia.

Sumber: Kapan Lagi