Seorang wanita berusia 82 tahun, yang berasal dari Tokyo menjadi perbualan hangat kerana kerjayanya sebagai deejay kelab malam.

Kebanyakan netizen berpendapat pekerjaan tersebut tidak sepadan dengan umurnya.

Namun, Sumiko Iwamuro merupakan antara deejay kegemaran di kelab malam DecaBarZ, Jepun.

Walaupun bekerja sebagai deejay pada waktu malam, Sumiko yang dikenali sebagai DJ Sumirock merupakan pemilik restoran dan tukang masak pada waktu siang di sebuah restoran makanan cina.

Dia mula melibatkan diri sebagai deejay kelab malam pada umur 70 tahun.

Selain berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang tersebut, Sumiko juga telah mengikuti beberapa kelas untuk memantapkan skilnya sebagai seorang deejay.

“Bila saya sedang ‘spin’, saya ingin mengikut rentak dan mainkan lagu yang tepat.

"Tetapi yang paling penting saya mahu pendengar saya terhibur,” katanya yang bercita-cita ingin mengembangkan bakat tersebut hingga ke New York.

Berikut kami kongsikan video DJ Sumirock yang sedang beraksi di kelab malam:



Sumber : Djmag.com, Astro Awani
Kredit foto : Djmag.com
Olahan : Izzat Ridzwan