Dua peserta Rockanova yang diserap masuk minggu lalu, Yaya dan Azmi mula mendapat perhatian penonton.

Ternyata suara dan juga aura rock kedua-dua peserta itu berjaya membuatkan penonton terpukau ketika mereka menyampaikan lagu Tiada Lagi Kidungmu (Yaya) dan Keliru (Azmi) pada malam tersebut.

Menariknya, walaupun mereka belum lagi secara rasminya bertanding bersama lapan peserta lain, namun hashtag #teamyaya dan #teamazmi sudah pun diwujudkan oleh peminat yang tidak sabar untuk menonton persembahan mereka pada minggu ini.



Hashtag tersebut juga sudah mula digunakan oleh peminat ketika pertama kali mereka membuat persembahan untuk pusingan battle bagi menentukan siapa yang terpilih untuk diserap masuk oleh juri.





Selain penonton, dua juri tetap, Datuk Awie, Edry Abd Halim dan juri jemputan Erra Fazira juga terpaku melihat kehebatan kedua-dua peserta berkenaan.

Minggu keempat Rockanova ini bakal menyaksikan Yaya dan Azmi berentap bersama lapan peserta lain dengan tema Rockvaganza.

Mampukan Yaya dan Azmi mengatasi peserta lain?

Jangan lupa saksikan Rockanova yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB setiap Rabu.

Program ini boleh ditonton setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Manakala diari harian Rockanova, Rock On boleh disaksikan Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda klik link ini ----> (ROCKANOVA).

Teks Oleh: Mya Amri