Pelakon Ruhainies, 25, menjelaskan hubungannya dengan pelakon Azrel Ismail hanya berkawan rapat.

Ruhainies atau nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mengakui selesa berkawan rapat dengan pelakon tersebut.

Bagaimanapun pelakon berbakat besar ini menafikan mempunyai hubungan cinta dengan Azrel mahupun mana-mana lelaki.

“Buat masa sekarang, jadual saya memang padat sampai nak makan dan tidur pun tak sempat.

”Kalau ada masa lapang, saya akan gunakan masa tersebut bersama keluarga. Jadi, bercinta memang bukan fokus utama dalam diri saya buat masa ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Pernah digandingkan bersama menerusi drama Menantu Ting Tong, Ruhainies berkata dia dan Azrel memang saling menyayangi tetapi cuma sebagai sahabat.

”Dia pun memang pernah cakap yang sayangkan saya, tetapi hanya sebagai kawan. Begitu juga saya, dan kami tahu apa status hubungan kami, ” jelasnya yang teruja dilantik sebagai duta produk Belvya.

Ruhainies ditemui ketika majlis sidang media perlantikannya sebagai duta produk Belvya Gold Edition di Flofa Terrace, Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan terbaru, Ruhainies sedang sibuk menjalani penggambaran drama Menantu Bilal untuk tayangan bulan Ramadhan.

Selain itu, dia juga akan terbang ke Londan dan Paris pada Mei ini bagi menjalani penggambaran sebuah telefilem bertajuk Cikgu Dina Pakai Prada Ke Paris.

Bagi anda yang inginkan kulit halus dan wajah lebih runcing, boleh dapat produk Belvya Gold Edition dengan cara melawati laman sosial Facebook.com/Belvya atau Instagram @belvya.official.

Teks oleh : Izzat Ridzwan