Hebatnya penangan G-Dragon! Dalam masa kurang 10 minit tiket solo ketiganya habis dijual.

Tiket yang mula dijual pada 13 April lalu menjadi rebutan peminat yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan konsert yang bakal berlangsung pada Jun depan itu.

Penjualan dalam tempoh singkat itu juga merupakan satu kejayaan besar buat anggota kumpulan Big Bang ini.

Menurut laporan Allkpop, konsert berkenaan dikatakan sebagai persembahan terakhir G-Dragon sebelum penyanyi itu menyertai latihan ketenteraan pada akhir tahun ini.

Ia juga dilihat sebagai faktor peminat berebut-rebut membuat pembelian tiket.

Konsert terbaharu G-Dragon yang diberi nama ACT III - M.O.T.T.E atau Mother’s Womb ini akan berlangsung di Seoul’s World Cup Stadium, Seoul pada 10 Jun depan.

Sebelum ini, G-Dragon pernah menjayakan konsert solo pertamanya pada tahun 2009 diikuti konsert kedua pada 2013.

Sebanyak 65,000 keping tiket berjaya dijual untuk kedua-dua siri persembahan itu dalam masa yang sangat singkat.


Sumber: Allkpop