Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun telah memandu sebuah van dari rumahnya ke restoran kerana teringin makan burger keju McDonalds.

Kejadian berlaku di Ohio, Amerika Syarikat, di mana kanak-kanak tersebut bersama adiknnya yang berusia empat tahun telah ke restoran pandu lalu tanpa kedua ibu bapa mereka.

Jiran mereka yang menyedari tindakan bahaya anak kecil itu telah menghubungi penjaganya sebaik sahaja menyaksikan kejadian tersebut

Kanak-kanak dari Ohio itu berkata, dia belajar memandu daripada video yang ditontonya di YouTube.

Kanak-kanak itu memandu kira-kira satu setengah kilometer, selain turut berhenti di lampu isyarat merah sebelum membelok masuk ke restoran.

Ibu bapa mereka sedang tidur di rumah ketika kejadian.

Semasa kanak-kanak itu membuka tingkap di lorong pandu lalu, pekerja restoran berfikir ianya satu gurauan.

"Pekerja berkenaan menyangka ibu bapa mereka berada di tempat duduk belakang, tetapi tidak," kata polis peronda East Palestine, Jacok Koehler.

Apabila polis tiba di lokasi, kanak-kanak itu menangis kerana tidak menyangka mereka telah melakukan satu kesalahan.

Polis menghubungi datuk dan nenek kanak-kanak itu untuk mengambil mereka di balai polis.

Mereka kemudian dibawa pulang dan tiada sebarang pertuduhan difailkan.


Sumber : Uproxx.com
Kredit gambar : Uproxx.com
Olahan : Izzat Ridzwan