Pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Park Yoochun dilaporkan bakal berkahwin tahun ini.

Berita itu telah disahkan oleh syarikat pengurusannya, C-JeS Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi berhubung perkara mengejut itu hari ini.

Menurut jurucakap syarikat berkenaan, Yoochun merancang berkahwin pada musim luruh ini dan bakal isterinya bukan di kalangan selebriti.

“Park Yoochun telah berjanji akan mengahwini kekasihnya pada musim luruh, bagaimanapun mereka masih belum mendedahkan perancangan seterusnya.

“Jadi kami amat berhati-hati untuk mendedahkan maklumat mengenai perkahwinan mereka.

“Kekasih Yoochun bukan di kalangan selebriti jadi pihak kami berharap anda faham dan menghormati keputusannya.

“Sehingga kini Yoochun masih lagi berada dalam latihan ketenteraan yang bakal tamat pada Ogos nanti,” jelasnya.

Nama Yoochun turut trending di Korea selepas pengumuman mengejut tersebut dibuat.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Soompi