Pengacara rancangan MeleTOP, Neelofa, merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, merupakan pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.
Pelakon drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot ini menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, Neelofar Hijab.
Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.
Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.
Selain Runcit dan E-dagang, kategori lain termasuklah Teknologi Pengguna, Teknologi Perusahaan, Hiburan dan Sukan, Seni, Kewangan dan Modal Teroka, Industri, Pembuatan dan Tenaga, Penjagaan Kesihatan dan Sains, Usahawan Sosial dan Media, Pemasaran dan Pengiklanan.
"Senarai Forbes 30 Under 30 Asia tahun ini menonjolkan kepelbagaian bakat di rantau yang luas ini, dengan 300 usahawan muda mengagumkan daripada segenap lapisan masyarakat berusaha keras meningkatkan inovasi," kata Editor Kanan Digital, Asia at Forbes Media, Rana Wehbe dalam satu kenyataan.
"Suatu yang menarik adalah melihat bagaimana golongan muda ini menggunakan teknologi bagi menginovasikan industri mereka, memperkasakan masyarakat mereka dan menangani halangan budaya.
"Senarai tahun ini, terutamanya, menampilkan banyak individu wanita di Asia yang menyokong perubahan sosial, lari daripada stereotaip dan prejudis untuk memberi contoh positif apa yang boleh dicapai oleh wanita di rantau ini," katanya.
Turut termasuk dalam senarai 30 Under 30 Asia itu ialah Kavin Bharti Mittal dari India, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hike Messenger, Josiah Humphrey dan Mark McDonald (Australia, Pengasas Bersama Appster), Suboi (Vietnam, artis Hip Hop) Liu Wen (China, Supermodel Antarabangsa), Chenyao Zhou (China, Rakan Kongsi di Longling Capital), Gibran Huzaifah Amsi El Farizy (Indonesia, Pengasas eFishery), Yuki Shimahara (Jepun, Pengasas LPixel Inc), Daroath Phav (Kemboja, Pengarah WaterSHED), Hyungcheol Lim dan Goeun Choe (Korea Selatan, Pengasas Bersama Gameberry).
Kriteria pemilihan bagi senarai tersebut termasuklah kepimpinan dan inovasi dalam bidang mereka, pemikiran keusahawan dan keputusan yang dicapai, serta kemungkinan menukar bidang mereka dalam tempoh separuh abad akan datang.
Menurut Forbes, lebih 1,200 penyertaan diterima, tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir.
Bagi mendapatkan senarai lengkap, berita rencana dan video eksklusif, boleh layari laman web www.forbes.com/30-under-30-asia/2017.
Sumber: Bernama
Kamaruddin Razal
Thu Apr 13 2017
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.