Bintang rap terkenal Amerika Syarikat, 50 Cent dikatakan telah menumbuk seorang peminat wanita ketika mengadakan persembahan di The Lox, Michigan.

Menurut laporan TMZ, penyanyi rap itu bertindak demikian selepas dia ditarik dan terjatuh ke bawah pentas.

Semasa kejadian 50 Cent atau nama sebenarnya, Curtis Jackson, 42, sedang bersalaman bersama peminatnya sebelum ditarik sehingga terjatuh.

"Jackson telah ditarik oleh peminat sehingga terjatuh ketika berada dia atas pentas sebelum mengadakan persembahan.

"Dia dilihat sempat melayangkan penumbuk kepada mereka sebelum terjatuh dan terkena dada seorang wanita.

"Bagaimanapun, Jackson telah memohon maaf kepada mangsa dan membawanya ke atas pentas sebelum memeluk wanita tersebut.

"Akibat daripada perbuatan itu, Jackson telah memberi penghormatan kepada wanita itu untuk menari di atas pentas bersama kumpulan penari latarnya," kata sumber.