Pasti ramai yang tidak pernah melihat buah-buahan pelik ini. Berbeza bentuk, rupa, warna dan rasa, tahukah buah-buahan ini sememangnya wujud tetapi jarang dijumpai.

Berikut kami kongsikan lima jenis buah-buahan yang jarang dijumpai:


1. Buah Tangan Buddha
Buah berwarna kuning ini diberi nama buah tangan Buddha kerana bentuknya kelihatan seperti jari tangan manusia. Buah ini ditemui di Asia. Buah Tangan Buddha ini berkulit tebal dan hanya mempunyai isi yang sedikit. Buah ini juga digunakan sebagai aromaterapi di bilik tidur oleh kebanyakan rakyat Jepun dan China kerana memiliki bau yang kuat. Selain itu, dalam masakan Barat buah ini dianggap sangat bernilai.


2. Buah Kiwano (Horned Melon)
Juga dikenali sebagai Horned Melon, buah ini turut dikenali dengan pelbagai nama seperti timun bertanduk, labu lindung, dan melon jelly. Buah ini berasal dari Afrika, tetapi ia juga tumbuh di California, Chille, Australia dan Selandia Baru. Di California, buah ini dikenali sebagai buah Blowfish. Walaupun buah ini boleh dimakan, tetapi kebiasaannya hanya digunakan sebagai hiasan untuk sesuatu hidangan.


3. Buah Deliciosa Monstera
Buah yang berasal dari pokok anggur ini juga dikenali dengan nama lain seperti The Monstereo, Windowleaf, Mexican Breadfruit, Swiss Cheese Plant, dan Ceriman. Buah ini juga merupakan tanaman asli dari Mexico dan Panama. Tinggi pokoknya boleh mencecah sehingga 20 meter. Deliciosa Monstera secara puratanya berukuran 25 cm. Selain itu, kegunaan buah ini adalah untuk mengubati penyakit arthritis atau gigitan ular.


4. Buah Yangmei
Merupakan tanaman asli dari Asia Tenggara terutama di China, tumbuhan ini sering digunakan sebagai dekorasi di taman dan kebun-kebun buahan. Buah ini berwarna merah terang dan mempunyai rasa masam manis. Di tengah-tengahnya terdapat biji atau benih.


5. Buah Ackee
Berasal dari Afrika Barat, buah ini merupakan buah kebangsaan negara Jamaica. Bagi menikmati buah ini, anda perlu membuang biji hitam dan hanya mengambil bahagian kuning yang kelihatan seakan-akan bawang putih. Tetapi anda harus berhati-hati dengan bahagian luaran yang berwarna merah itu kerana ianya mengandungi toksik merbahaya.


Sumber : Iluminasi.com
Olahan : Izzat Ridzwan