Bintang realiti terkenal Hollywood, Caitlyn Jenner, 67, mengakui dirinya sudah menjalani permbedahan untuk menukar jantina.

Bapa kepada Kylie dan Kendal Jenner yang dikenali sebagai Bruce Jenner sebelum ini mendedahkan dirinya telah menjalani pembedahan tersebut pada Januari lalu.

Caitlyn yang kini berusia 67 tahun itu mendedahkan perkara ini menerusi buku terbarunya yang berjudul The Secrets of My Life - Caitlyn Jenner yang akan mula dijual pada 25 April ini.

"Pembedahan tersebut telah berjalan dengan jayanya. Perkara ini sangat luar biasa bagi saya. Kini, saya rasa sangat bebas. Saya hanya mahu melakukan perkara yang saya rasakan benar,” tulis Caitlyn.

Caitlyn yang pernah muncul dalam siri program Keeping Up with the Kardashians ini mengumumkan identiti sebenar dirinya secara terbuka pada April 2015.

Selepas mendedahkan perubahan jantinanya, Caitlyn membintangi siri realiti I Am Cait yang memberi fokus terhadap perubahan jantinanya.

Sumber: Radar Online