Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan telah hadir menyaksikan perlawanan kriket antara pasukan miliknya, Kolkata Knight Riders menentang Gujarat Lions minggu lalu.

Apa yang menarik perhatian netizen semasa perlawanan tersebut berlangsung, pelakon filem Dilwale itu dilihat bersama anak lelakinya, AbRam Khan

Kanak-kanak berusia empat tahun itu telah mencuri perhatian orang ramai apabila dia dilihat mempunyai tatu di bahagian dada, serupa dengan bapanya.

Menurut sumber, tiada sebarang kepastian sama ada tatu tersebut adalah palsu atau benar dan rata-rata netizen beranggapan aktor itu pasti mempunyai alasan tersendiri kerana bertindak sedemikian.

Namun, ada peminat yang berpendapat tindakan aktor itu melampau kerana mendedahkan anaknya kepada kesakitan semasa mencacah tatu.

"Sesetengah orang tertanya-tanya adakah tatu AbRam benar dan bagaimana SRK tergamak membiarkan anaknya dengan kesakitan," kata seorang peminat menerusi Twitter.

Shah Rukh Khan telah berkahwin dengan penerbit filem, Gauri Khan pada tahun 1991 dan kini memiliki dua orang anak.

Sumber : Indianexpress.com
Olahan : Izzat Ridzwan