Juri Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), Datuk Aznil Nawawi, terkejut melihat persembahan sesetengah peserta yang masih ditahap tidak memuaskan.

Datuk Aznil atau Pak Nil turut menyifatkan kualiti lawak yang dipersembahkan masih di takuk lama dan mahu melihat kandungan yang lebih segar daripada para peserta MLM 2017.

"Sudah masuk minggu ke lapan pun masih ada kumpulan yang ‘krik krik’ di pentas MLM 2017. Ini agak mengejutkan dan mengecewakan saya.

“Seharusnya mereka mencari bahan lawak yang lebih berkualiti kerana pentas MLM 2017 mengumpulkan pelawak yang terbaik di antara yang terbaik.

“Oleh itu kumpulan yang masih bertahan seharusnya bersedia dengan bahan lawak yang lebih berkualiti lagi.

#GempakLive : Excitednya @aznilnawawihm malam ni jadi juri #MaharajaLawakMega .. Agak-agak Pak Nil kedekut bagi ha tak? . #EmpayarLawak #MLM2017

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on


"Jika mereka tidak memperbaiki persembahan dan tidak boleh memberikan persaingan, saya pasti penonton pun sudah boleh ‘baca’ siapa yang akan menjadi juara tahun ini.

"Saya berharap agar peserta dapat mengambil komen diberikan sebagai penanda aras untuk mereka memperbaiki persembahan pada minggu-minggu yang akan datang," katanya kepada Astro Gempak.

Selain Aznil, MLM 2017 yang diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos turut menampilkan Rosyam Nor, Luna Maya dan Neelofa yang akan mengadili para peserta.

Tinggal lapan peserta lagi yang akan meneruskan perjalanan mereka di minggu kesembilan MLM 2017, bertemakan 'Cerita Rakyat dan Cerita Moden'.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik di sini ----> MAHARAJA LAWAK MEGA 2017

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi