Sebuah syarikat penerbangan, United Airlines dikecam gara-gara tindakan kejam mereka mengheret seorang penumpang keluar dari pesawat.

Tindakan itu dilakukan kepada seorang penumpang berusia 69 tahun yang dikatakan enggan untuk keluar daripada pesawat itu.

Menurut sumber, pesawat itu terpaksa mengurangkan jumlah penumpang kerana ingin membawa tambahan empat kakitangannya.

Keadaan ini menyebabkan empat penumpang lain telah diminta secara sukarela melepaskan tempat duduk mereka.

Namun, salah seorang daripadanya enggan berbuat demikian walaupun wang pampasan dan tempat penginapan disediakan oleh syarikat penerbangan.

Oleh itu, pihak syarikat penerbangan terpaksa memanggil pengawal keselamatan untuk menghalau penumpang tersebut.

Apa yang mengejutkan, tindakan tiga kakitangan syarikat penerbangan itu mengheret warga emas itu dengan kasar adalah suatu yang tidak patut dilakukan.

Penumpang lain yang berada dalam pesawat itu amat terkejut dengan tindakan pengawal keselamatan itu dan mereka sempat merakam insiden tersebut.

Sementara itu, Jabatan Penerbangan Chicago dalam satu kenyataan semalam memberitahu insiden itu tidak mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Video berkenaan telah dimuat naik di media sosial dan telah mengundang kemarahan netizen terhadap United Airlines.

Lelaki malang itu pada awalnya telah memberitahu kru United Airlines bahawa dia seorang doktor dan mahu menemui pesakitnya namun mereka tidak menghiraukan alasan itu.

Berikut kami kongsikan video pengawal keselamatan mengheret penumpang keluar dari pesawat tersebut:



Sumber : Bbc.com, Suara.tv
Olahan : Izzat Ridzwan