Pasangan selebriti Jennifer Garner dan Ben Affleck dilaporkan telah rujuk semula selepas berpisah pada tahun lalu.

Menurut laopran Aceshowbiz, aktor Batman v Superman: Dawn of Justice itu, berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dan mengambil keputusan untuk kembali tinggal serumah.

"Ben sudah kembali tinggal bersama di kediaman utama mereka di Los Angeles sejak beberapa minggu lalu.

"Mereka juga telah memperbaharui ikrar perkahwinan dan kembali bersama-sama sebagai sebuah keluarga.

"Jennifer mengakui bahawa mereka harus berbaik semula kerana ingin memberikan kebahagian kepada anak-anak," kata sumber.

Pada 9 April lalu, Jennifer dilihat telah keluar menghantar ketiga-tiga anak-anaknya ke tempat asuhan.

Jennifer dan Ben berkahwin pada 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, 10, Seraphina, 7 dan Samuel, 4.