Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, yang mahu menawan Gunung Everest, meneruskan perjalanan ke Everest Base Camp hari ini.

Lee, 69, dan anggota pasukannya kini berada di Dingboche yang terletak 4,410m dari paras laut, selepas tiba di sana pada Sabtu.

"Cuaca agak baik dan kami dapat menikmati sinaran matahari. Saya boleh katakan kami semua berada dalam keadaan baik.

"Esok kami akan bergerak dari Dingboche ke Lobuche, satu laluan yang agak sukar," jelas Lee yang dalam yang dalam misi untuk sampai ke puncak tertinggi dunia itu.

Menurut sumber, pendakian ke Lobuche memakan masa selama enam jam dan bergantung kepada keadaan cuaca.

Selepas Lobuche, Lee dijangka meneruskan perjalanan ke Gorakshep (5,164m dari paras laut) pada 11 April sebelum sampai ke Everest Base Camp (5,380m dari paras laut) pada 12 April.

Lee bersama lima lagi pendaki lain telah diba di Kathamadu, Nepal pada 1 April lalu. Ekspedisi pendakian ini dianjurkan oleh Lons Club of Port Dickson Pantai.

Pada Mei 2016, Lee terpaksa membatalkan peringkat akhir pendakiannya ke puncak Gunung Everest apabila sampai ke Kem III pada ketinggian 7,200m kerana cuaca buruk. Ketinggian Gunung Everest ialah 8,848m.


Sumber : Bernama, Astro Awani
Olahan : Izzat Ridzwan
Kredit foto : Free Malaysia Today