Selepas lima tahun berkahwin, bintang pop Amerika Syarikat, Janet Jackson dan suaminya yang juga seorang jutawan Qatar, Wissam Al Mana akhirnya berpisah.

Pasangan itu berpisah selepas tiga bulan menimang cahaya mata sulung, Eissa Al Mana.

Bagaimanapun, sumber terdekat pasangan itu mendedahkan mereka masih berhubung rapat kerana anak.

"Kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing tetapi masih menjadi ibu dan bapa yang baik untuk anak mereka walaupun sudah berpisah.

"Anak mereka akan tinggal bersama Janet di London," kata sumber itu kepada The Mail.

Punca perpisahan mereka didakwa ekoran sikap acuh tak acuh Wissam terhadap ibu Janet, Trent Lamar Jackson.

Janet sebelum ini jarang muncul di media antarabangsa selepas mengumumkan kehamilannya sekali gus menangguhkan siri konsert jelajah Unbreakable.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2012 selepas berkenalan lebih dua tahun.



Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Aol