Konsert pertama Gema Gegar Vaganza (GGV) telah berlangsung dengan meriah di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras malam tadi.
Bertemakan Hit Terindah, 10 bintang GGV menyampaikan lagu nyanyian asal terbaik mereka yang semestinya menggamit memori penonton.
Kumpulan Hijjaz yang menyampaikan lagu Sumayyah dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Terindah kategori kenangan terpahat atas persembahan mereka yang memukau.
Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Kopi Pak Belalang. Setiap minggu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.
Untuk minggu pertama, hadiah tersebut akan diberikan kepada Muhammad Syahid Bazli yang sedang menderita kanser lymphoma. Syahid merupakan anak kepada Bazli Hazwan, anggota kumpulan UNIC.
Semua peserta GGV memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Jihan Muse sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Hijjaz - Sumayyah
"Saya kenal mereka dari belasan tahun. Hijjaz berjaya menyuntik hati kami mengenai orang yang mati di jalan Allah," - Farihin Abdul Fattah:
Azmi Caliph Busker - Hanya Nama-Mu
"Seperti biasa, persembahan anda memukau penonton yang melihat. Sampai ternganga dan tak berkelip saya tengok!" - Jihan Muse
Hafiz Hamidun - Jodoh Berdua
"Malam ini anda sangat bagus dan Hafiz memberikan kami kejutan! Setakat ini, persembahan malam ini merupakan persembahan secara langsung terbaik anda yang saya pernah lihat," - Farihin Abdul Fattah.
UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu
"Pameran baju pengantin! Teringat zaman hostel dulu selalu dengar lagu UNIC, lagu ini sangat menggamit kenangan," - Jihan Muse
Mirwana - Aku Tanpa Cintamu
"Persembahan sangat menghiburkan. Apa yang kumpulan Mirwana sampaikan sangat kompak dan solid," - Oki Setiana Dewi.
Wani - Alhamdulillah
"Saya suka dengan suara Wani. Lembut dan sedap didengar. Suara anda memikat hati saya dan semua yang ada di sini," - Oki Setiana Dewi.
Saujana - Suci Sekeping Hati
"Kamu membawa lagu ini ke satu destinasi baru. Kamu semua memberikan kesegaran kepada lagu ini. Lagu ini sarat dengan mesej dalam lagu dan itu yang menjadikannya best!" - Farihin Abdul Fatah.
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
"Anda berjaya membawa kami ke satu gambaran atau momen yang berlaku dalam lagu. Jelas terpampang. Penghayatan anda luar biasa. Anda berlatih bersungguh-sungguh!" - Farihin Abdul Fatah
Izam EYE - Izinkan Selamanya Namamu Di Hati
"Saya suka penampilan anda. Saya dapat merasakan kepiluan lagu ini dan suka cara anda berinteraksi dengan penonton semasa menyampaikan lagu ini," - Oki Setiana Dewi.
Bienda - Penantian
"Saya seronok melihat anda membuat persembahan di atas pentas. Tahap keyakinan anda sangat baik. Saya mahu menyaksikan persembahan yang lagi best di minggu hadapan!" - Jihan Muse.
GGV bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Konsert minggu kedua GGV bakal membawa tema Dalam Lagu Ada Makna dan sepuluh bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @hafizhamidun
Syafiqah Jalal
Sun Apr 09 2017
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.