Dengan sekali lafaz, pelakon Shima Anuar telah selamat bernikah dengan pasangannya, Mohd Solih Toha, 41, pada pukul 10.50 pagi tadi.

Pasangan itu telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis ringkas di kediamannya di Rawang, Selangor.

Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar, 26, menerima mas kahwin RM8,000 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Solih merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini serta memiliki dua cahaya mata.

Shima dan Solih telah melangsungkan majlis pertunangan pada 17 Disember tahun lalu.

Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara malam ini.








Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Berita Harian
Kredit foto: @kopicair @kakitembak_fotografi