Penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni telah selamat menimang cahaya mata sulungnya lewat malam tadi.

Menerusi entri yang dimuatnaik di laman sosial Instagram miliknya pada lewat malam Jumaat (7 April), Haziq memberitahu jantina anaknya adalah lelaki.

"Alhamdulillah. Say Assalamualaikum to my hero baby!" tulisnya.

Alhamdulillah. Say Assalamualaikum to my hero baby!

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on



Difahamkan, isteri Haziq, Ayunda Putri bersalin di sebuah hospital di Sungai Buloh.

Haziq atau nama sebenar Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni telah mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri yang berasal dari Medan, Indonesia pada Julai tahun lalu.

Pasangan itu dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan kalangan selebriti antaranya Zarul Umbrella, Acong Sweet Child, Hael Husaini, Shiha Zikir, Yana Samsudin dan Encik Mimpi.

Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG @haziq_hotfm