Pelakon dan juga bekas anggota kumpulan 2NE1, Sandara Park akui tidak sakit hati mahupun terluka apabila menerima kritikan negatif mengenai lakonannya.

Sandara atau lebih mesra dengan panggilan Dara berkata, kritikan membolehkan dirinya memperbaiki kualiti lakonan pada masa akan datang.

“Sebenarnya saya dah bersedia untuk terima pelbagai komen yang diberikan sama ada yang baik atau pun buruk.

“Bila berlakon, kadang-kadang saya rasa seperti sudah memenuhi karakter yang diminta tetapi apabila membaca komen rupanya saya masih belum cukup mengkaji tentang watak diberikan.

“Sebab itu saya kata komen-komen seperti itu banyak membantu saya untuk memperbaiki mutu lakonan saya nanti.

“Untuk berubah bukan ambil masa yang sekejap, saya janji akan bekerja dengan lebih keras lagi untuk buktikan kebolehan lakonan saya.

“Cuma ini adalah permulaan jadi saya menerima setiap kritikan yang diberikan secara positif kerana saya mahukan perubahan dalam diri.

“Saya akan mencari jalan untuk memperbaiki diri dan juga lakonan,” jelasnya.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Koreaboo