Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), golongan muda khususnya yang berusia lingkungan 20-an dicatatkan sebagai paling ramai diisytihar muflis.

Kebanyakan mereka adalah daripada lepasan kolej atau universiti dan baru menempuhi alam pekerjaan.

Berikut kami senaraikan antara punca masalah ini berlaku kepada golongan belia:



1. Beli Kereta Melebihi Kemampuan
Kereta atau motorsikal merupakan keperluan asas bagi mereka yang bekerja terutama jika tinggal di kawasan yang jauh dari pejabat. Kebanyakan mereka khususnya yang baru bekerja sering membuat pilihan yang salah semasa membeli kenderaan.



2. Ghairah Menggunakan Kad Kredit
Kad kredit merupakan salah satu jalan mudah untuk muflis. Amat bahaya bagi mereka yang tidak pandai menggunakannya, terutama golongan belia.



3. Berbelanja Mewah
Kebiasaannya golongan muda yang baru bekerja akan teruja sebaik menerima gaji bulanan mereka. Ada di antaranya yang sanggup berbelanja besar seperti membeli pakaian berjenama dan telefon bimbit dengan harga di luar kemampuan. Ini adalah antara faktor utama mengapa mereka sering mengalami masalah kewangan.



4. Berhutang Majlis Kahwin
Sering kali kita lihat pasangan muda yang berkahwin tetapi majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran. Hutang yang dipikul gara-gara majlis tersebut pasti memberi beban yang besar semasa alam perkahwinan. Ini juga antara punca berlakunya perceraian dan risiko untuk diistihar muflis adalah amat tinggi.

Sumber : Hanasuva.com
Olahan : Izzat Ridzwan