Hello, Miss K muncul semula dengan gosip terbaru! Kali ini, Miss K mendapat perkhabaran dari seorang rakan Miss K yang bernama Zali.

Untuk pengetahuan korang semua, Zali ni mempunyai hobi menikmati makanan di restoran-restoran mewah sekitar ibu kota.

Baru-baru ini, ketika Zali sedang memasuki sebuah restoran yang terletak di sebuah hotel, Zali ternampak kelibat seorang jejaka yang wajahnya persis pelakon Adi Putra. Tengok punya tengok, memang betul Adi.

Menurut Zali, jejaka tersebut sedang duduk bersebelahan seorang wanita dan mereka sedang berbual-bual.

Tambah Zali lagi, wanita itu tampil jelita dan kelihatan seperti seorang individu yang berprofil tinggi.

“Mula-mula Miss K, aku ingatkan jejaka persis Adi tu sedang berbual dengan salah seorang isterinya. Manalah tahu kan, mereka sedang berbincang kat sana. Tetapi bila aku tengok balik, muka wanita tersebut tak serupa dengan mana-mana isteri Adi.

“Lepas tu, aku fikir-fikir balik, mustahil sebab wanita cantik itu tidak bertudung. Takkanlah isteri-isteri Adi berani tampil tidak bertudung di khalayak ramai? Aku pun hanya memandang mereka dari kejauhan je Miss K.

“Mungkin wanita tersebut merupakan rakan perniagaan Adi dan mereka sedang berbincang mengenai bisnes. Adi pun aku tengok sekarang ni bergiat aktif dalam bisnes,” kata Zali.

Dalam perkembangan lain pula, kelibat Adi masih tidak kelihatan di mahkamah syariah ketika sebutan kali kedua kes permohonan cerai terhadap isteri pertamanya, Aida Yusof yang berlangsung padi tadi.

Apa pun yang berlaku, Miss K harapkan yang terbaik agar Adi dapat menyelesaikan masalah yang melanda dalam rumah tangganya. Ramai peminat tak putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Adi dan keluarganya.

Miss K: Tak sabar nak tunggu episod pertama Gema Gegar Vaganza yang bakal bersiaran esok, jam 9.00 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!