Peminat program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) tidak sabar menantikan kemunculan Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap bermula malam ini.

Menurut Netizen, pemilihan Aznil adalah tepat kerana mereka yakin bahawa dengan kredibiliti dimiliki beliau.

Komen mereka lagi Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, mampu untuk memberikan komen-komen membina kepada para peserta.

Selain itu ada juga yang meminta Pak Nil supaya menjadi juri yang lebih tegas dan garang.

Mereka juga meluahkan rasa rindu untuk melihat kemunculan pengacara nombor satu negara itu.

Jom kita baca komen-komen yang ditulis peminat dan penonton MLM 2017:

"Berdasarkan pengalaman, perlantikan Pak Nil untuk menggantikan Najip Ali adalah sesuai kerana pengalaman yang ada pada Pak Nil sepanjang bergelar anak seni.

"Yessss aku setuju gak Pak Nil ganti. Lama dah tak nampak die... fikirkan Chef Wan atau Diva AA. Ok gak die ni. Tapi kadang-kadang komen die nampak safe je... pasni kasi garang sikit ok.

"Najip Ali komen dia yang paling membina, saya suka tengok dia jadi juri di MLM 2017. Tetapi apakan daya, terlajak kereta bole digostan yang selebihnya korang pandai-pandai la tambah pantun tu. Apapun saya dah mulai rindu dengan Pak Nil, lama tak nampak dia muncul. Idola zaman kecil dulu..tak sabar tunggu malam ni.

"Betul punya gempak Maharajalawak Mega 2017 ni, tahun-tahun sebelum cuma peserta jer yang tersingkir. Tahun ini, dgn juri sekali tersingkir Pak Nil pun okay untuk menjadi juri, cuma lagi bagus kalau cari yang macam Datuk Rosyam yang susah bagi Ha!. Barulah peserta gigih cari idea,"
kata peminat menerusi ruangan komen di Facebook Astro Gempak.

Selain Aznil yang menggantikan Najip Ali, MLM 2017 yang diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos turut menampilkan Rosyam Nor, Luna Maya dan Neelofa yang akan mengadili para peserta.

Tinggal 9 peserta lagi yang akan meneruskan perjalanan mereka di minggu kelapan MLM 2017, bertemakan 'Peribahasa Bersama Karot Komedia'.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik link ini ----> ( www.astrogempak.com.my )

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi