Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey mengumumkan berita mengenai kehamilan isterinya, Nur Syahirah A. Rahman di laman Instagram miliknya (@fadbocey).

Menerusi entri terbaru Fad di laman sosial tersebut, ahli kumpulan lawak Bocey ini berkongsi foto imbasan kandungan isterinya sambil berseloroh mahu menimang kembar perempuan.

“Syukur Alhamdulillah, rezeki Allah untuk kami lagi.. Adakah kembar girl kali ni? Hmmmmmm.. Hahahahahahaha @syaheeraarahman,” tulis Fad.

Ramai pengikut di laman Instagram Fad mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah atas berita gembira tersebut. Selain itu, peminat juga turut sama-sama mendoakan agar Fad dikurniakan kembar perempuan.

Sebelum ini, Fad dan isterinya menimang kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan pada 11 Disember 2015.

Dalam perkembangan lain, Fad bersama kumpulan Bocey masih lagi bertanding dalam persaingan Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017).

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik link ini ----> (Maharaja Lawak Mega)

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Syukur alhamdulillah,rezeki Allah utk kami lg..adakah kembar girl kali ni????hmmmmmm..hahahahahahaha????❤️?? @syaheeraarahman

A post shared by FAD BOCEY (@fadbocey) on