Rossa Akui Afgan Banyak Beri Inspirasi Pada Album Baharu

Penyanyi Rossa akui Afgan telah memberi insipirasi dan juga penyumbang idea bagi album terbaharunya, A New Chapter yang baru dilancarkan di Indonesia, semalam.

Rossa berkata Afgan atau Afgansyah Reza yang merupakan rakan baiknya itu banyak memberi sokongan kepadanya sebelum melahirkan album tersebut.

"Sebenarnya saya sudah mula bosan untuk menyanyi dan menghasilkan album dan seperti mahu rasa berehat dan menetap di Sydney sahaja.

"Tetapi setelah menerima lagu daripada Ryan d Masiv, ia akhirnya mengemablikan kemahuan saya untuk menyanyi.

"Selain itu saya juga mendapat sokongan padu daripada rakan baik saya, Afgan. Dia banyak memberi inspirasi dan idea untuk album ini.

"Malah Afgan yang datang idea dengan tajuk album saya, A New Chapter," katanya.

A New Chapter turut memuatkan tiga single terdahulu iaitu Jangan Hilangkan Dia, Cinta dalam Hidupku dan Body Speaks.

Sumber: Kapanlagi