Pelakon Janna Nick mengakui dirinya bersedia untuk memotong rambut pendek demi kesesuaian watak dan karakter.

Menerusi filem televisyen (FTV) terbaru lakonannya, Bo Bajet Aksi yang bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, Janna memotong rambut pendek.

“Sebelum menjalani penggambaran FTV ini, saya memotong rambut lebih pendek kerana saya menjayakan watak sebagai seorang anggota polis bernama Inspektor Siti.

“Penggambaran FTV ini berjalan beberapa bulan lalu, kini rambut saya sudah kembali panjang. Selepas itu, saya turut menerima tawaran watak lain dan watak tersebut memerlukan saya untuk memotong rambut pendek.

“Sebagai seorang pelakon, saya bersedia untuk memotong rambut pendek tetapi potongannya haruslah berbeza berbanding gaya yang pernah saya bawakan,” kata Janna kepada Astro Gempak.

Tambah Janna, dia rela berkorban dengan memotong rambut berbanding diberikan pilihan untuk menggayakan rambut palsu pendek.

“Saya akan memotong rambut pendek dengan rela hati kerana tuntutan watak. Saya kurang gemar untuk menggayakan rambut palsu pendek kerana saya rasa tidak selesa.

“Bagi saya, biarlah gaya rambut yang saya tampilkan berlainan agar dapat memberikan perbezaan kepada setiap watak,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana FTV Bo Bajet Aksi di GSC The Gardens pada Rabu.

Selepas kejayaan gandingan Janna bersama aktor Saharul Ridzwan dalam drama bersiri Kau Aku Kita yang mencetus fenomena, FTV terbaru berjudul Bo Bajet Aksi sekali lagi menampilkan keserasian mereka.

FTV terbaru arahan Bak Chee Hong itu akan disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) atau Astro On Demand bermula 27 April ini dengan harga RM15.90 selama 48 jam.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Janna bersama Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza, Kimchi Untuk Awak kini ditayangkan di pawagam.

Filem terbitan Astro Shaw dan Darkwave Pictures ini merupakan filem pertama arahan Michael Ang dan telah berada dipawagam bermula 30 Mac lalu.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Siapa yg dh tgk #KimchiUntukAwak ? Watak siapa yg paling korang suka? #KimchiUntukAwak KINI DI PAWAGAM Apa macam? #DaebakKUA tak? #KimchiUntukAwak #KUA #DaebakKUA #TeamKimchiUntukAwak @aimanhakimridza @emma_maembongofficial @jannanick @natashaelyzza @ungkuhariz @sharifah_sakinah @diraabuzahar @normahdamanhuri @emmaaiman_fc @emavengers @ahrfc_ahrlovers @michaelang38 @suriryana

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on