Bekas pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3), Reza Mohamed, akui tidak gentar untuk menghadapi persaingan dengan penyanyi baharu yang kian mencipta nama dalam industri hiburan.

Menurut Reza, dia kini dalam usaha mencari komposer dan material terbaik untuk single terbaharu selepas berehat selama dua tahun.

"Saya yakin mampu bersaing secara sihat dengan penyanyi-penyanyi baru yang makin mendapat tempat pada masa ini.

"Jika diikutkan sebelum ini ada juga beberapa komposer yang pernah menawarkan lagu kepada saya namun tidak dapat berbuat demikian kerana sibuk dengan kerja di konti radio.

"Bagi saya sekarang ini merupakan masa yang tepat untuk mencari sesuatu dalam usaha menjenamakan semua nama Reza Mohamed dalam industri.

"Dengan bantuan media sosial saya yakin perkara ini dapat dilaksanakan kerana kebanyakan penyanyi sekarang menggunakan platfom itu untuk mempromosikan diri mereka," katanya kepada Astro Gempak.

Reza berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Konsert Nova 2017, di Terrace The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Tambah Reza, dia kini dalam proses mencari meterial terbaik untuk menghasilkan single terbaharu sebagai hadiah kepada peminatnya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi