Angah Raja Lawak mengakui tidak mengambil serius kritikan dilemparkan terhadapnya dalam slot istimewa ramalan dan debat MLM 9.30.

Menurut Angah, 39, dia menggangap perkara itu sebagai cabaran dan akan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik bagi 'menghidupkan' slot berkenaan.

"Itu sebenarnya perkara biasa bagi seorang selebriti kerana mereka tidak lari daripada menerima kritikan dan teguran daripada orang ramai.

"Jadi saya harus terbuka dan perlu menerima kata-kata mereka itu untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

"Ini sebenarnya hanya tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada saya jadi ia harus dilaksanakan dengan baik.

"Saya tidak kisah orang hendak menghentam kerana ia bergantung kepada penerimaan masing-masing. Jika mereka berfikiran positif maka akan jadi baik dan mungkin sebaliknya," katanya kepada Astro Gempak.

Angah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan yang mengatakan dia tidak layak mengendalikan program tersebut.

Program Debat dan Ramalan disiarkan secara langsung pada Jumaat, pukul 9.30 malam, sepanjang MLM 2017 bersiaran.

Tinggal 9 peserta lagi yang akan meneruskan perjalanan mereka di minggu kelapan MLM 2017, bertemakan 'Peribahasa Bersama Karot Komedia'.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam menampikan Datuk AC Mizal sebagai hos.

Program realiti komedi paling popular ini disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik link ini ----> (Maharaja Lawak Mega)

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi