Penyanyi antarabangsa, Jennifer Lopez dilaporkan bersedia untuk berkahwin dengan kekasih barunya, Alex Rodriguez.

Menurut laporan AceShowbiz, penyanyi yang mesra dengan panggilan J.Lo itu telah membawa kekasihnya, Alex yang juga bekas pemain bola tampar pantai bertemu ibunya, baru-baru ini.

"J.Lo telah menyatakan hasratnya dengan jelas bahawa dia mahu berkahwin lagi dan bersedia menjadi seorang isteri semula.

"Dia juga telah meminta cincin daripada Alex sebagai tanda mendesak kekasihnya itu untuk melamarnya dalam masa terdekat ini.

"J.Lo merupakan seorang wanita yang akan berusaha untuk mencapai apa yang dia inginkan. Jika dia mahu, dia akan mendapatnya," kata sumber.

Tambah sumber, pasangan tersebut dilihat keluar bersiar-siar di kota New York pada minggu lalu dan mereka kelihatan sangat mesra sambil berpengang tangan.

Sementara itu, menerusi sebuah wawancara program The View, Alex telah berkongsi perasaan cintanya terhadap J.Lo.

"Dia merupakan seorang wanita dan ibu luar biasa yang pernah saya temui," katanya.