Bekas anggota kumpulan 2NE1, Dara akui selesa ketika menjalani sesi penggambaran bersama Running Man.

Menurut Dara, dia merasakan perubahan positif terhadap dirinya dan menjadi lebih berkeyakinan ketika dijemput sebagai tetamu dalam program popular berkenaan.

“Tidak dinafikan beberapa bulan lalu selepas pembubaran 2NE1 memang saya berasa sedih.

“Saya juga takut dan khuatir tidak dapat melakukan promosi atau bergerak secara solo kerana terbiasa dengan kehadiran ketua kumpulan 2NE1, CL.

“Selalunya saya lebih banyak berdiam diri ketika sesi temubual tapi saya percaya setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.

“Sebagai contoh ketika penggambaran Running Man baru-baru ini, saya mula rasa lebih yakin untuk berinteraksi dengan mereka.

“Saya dapat merasakan perubahan positif yang berlaku pada diri dan saya juga tidak kekok bersama anggota Running Man.

“Mereka juga banyak membantu sepanjang penggambaran dan saya juga lebih berani untuk berbual dengan mereka yang terlibat dibelakang tabir Running Man.

“Memang agak sukar untuk membiasakankan tapi saya percaya saya boleh lakukan,” jelasnya

Terdahulu, 2NE1 secara rasminya dibubarkan pada 25 November tahun lalu.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Allkpop