Dua model jelita, Shikin Gomez dan Alicia Amin meneruskan perjuangan membawa nama Malaysia dalam persaingan Asia’s Next Top Model musim kelima (AsNTM 5).

Alicia, 22, yang berasal dari Johor, pernah menetap di Australia dan kini menetap di Kuala Lumpur telah menjadi model di kedua-dua buah negara.

Sementara Shikin, 24, berasal dari Damansara merupakan pelapis model ternama tempatan.

“Kami dapati bakat model yang bertanding semakin bagus setiap musim dan perkara tersebut memberikan kami lebih banyak peluang untuk mencabar mereka dengan sepenuhnya.

"Dengan tema ‘Expect the Unexpected’, semua peserta bukan sahaja akan menghadapi cabaran yang mendebarkan, mereka juga akan diberikan satu kejutan besar di pertengahan musim ini.

“Selain itu, musim ini tuurt memperkenalkan dua orang juri baru, Cara G McIlroy selaku mentor model, serta juri jemputan khas, pemenang Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach. Mereka akan membawa keunikan serta kepakaran mereka ke panel juri,” kata Penny Tan selaku Pengarah Pemasaran FOX Networks Group.

Selain peserta Malaysia, musim terbaru ini turut menampilkan 12 lagi peserta negara lain iaitu Anjelica Santillan, Jennica Sanchez dan Maureen Wroblewitz dari Filipina, Layla Ong dan R. Nametha dari Singapura, Dorothy Petzold dan Heidi Grods dari Thailand, Cindy Chen dari Taiwan, Minh Tu Nguyen dari Vietnam dan tiga orang peserta dari Indonesia, Clara Tan serta pasangan kembar Valerie Krasna dan Veronika Krasna.

AsNTM5 diterbitkan dengan kerjasama Subaru, Maybelline, Zalora dan Sunway City sebagai Rakan Destinasi Utama. Juara musim ini akan memandu pulang sebuah Subaru Impreza serba baru, selain menjadi model penghias muka depan majalah Nylon Singapura dan membintangi halaman fesyen majalah tersebut. Pemenang juga akan mengembara ke Eropah untuk mewakili salah sebuah agensi peragaan terbesar di dunia, Storm Model Management.

Asia’s Next Top Model Musim 5 akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 April 2017 di Astro, saluran StarWorld (711) dan StarWorld HD (722) pada pukul 9.00 malam.

Untuk berita dan perkembangan eksklusif, layari laman web www.asntm.com, atau ikuti AsNTM di www.fb.com/AsNTMOfficial, Twitter dan Instagram @asntm, atau #AsNTM #AsNTM5.

Teks oleh: Kamaruddin Razal