Sekurang-kurangnya 9 maut dalam insiden letupan kereta api bawah tanah di St. Petersburg, Rusia.

Menurut Setiausaha Gabenor St. Petersburg, Andrei Kibitov, insiden itu antara lain telah menyebabkan 50 orang cedera.

"Mengikut maklumat awal seramai 11 orang terbunuh dalam letupan itu namun angka kematian masih belum disahkan. Sebanyak 17 buah ambulans disediakan untuk merawat mangsa insiden," katanya kepada CNN.

Presiden Rusia, Vladimir Putin meluahkan rasa dukacita atas kehilangan nyawa dan memberitahu pihak berkuasa FBI sedang menyelidik punca letupan.






"Masih belum ada sebarang info berkenaan punca letupan setakat ini dan siasatan sedang dilaksanakan.

"Buat masa sekarang kita masih mempertimbangkan pelbagai faktor sama ada sebab domestik mahupun jenayah atau berkaitan pengganas," katanya.

St. Petersburg merupakan bandar kedua terbesar di Rusia.



Sistem kereta api bawah tanah St. Petersburg mempunyai enam jaringan dan memiliki 1,600 buah gerabak. Pengangkutan itu digunakan lebih 2.3 juta orang sehari.


BERITA LANJUT MENYUSUL