Pelakon Priyanka Chopra dinobatkan sebagai wanita kedua tercantik di dunia menerusi undian dilakukan Buzznet.

Undian tersebut membariskan 30 wanita tercantik dan berpengaruh daripada pelbagai lapis masyarakat di dunia.

Menerusi undian tersebut, Beyonce dipilih sebagai wanita paling cantik di dunia.

Pemilihan Priyanka Chopra menjadikannya sebagai wanita asia pertama menewaskan beberapa selebriti antrabangsa lain seperti Angelina Jolie di tempat ke lapan dan Emma Watson di tempat ke empat.

Berikut merupakan 10 senarai wanita tercantik di dunia:

1. Beyonce
2. Priyanka Chopra
3. Taylor Hill
4. Emma Watson
5. Dakota Johnson
6. Hillary Clinton
7. Margot Robbie
8. Angelina Jolie
9. Fahriye Evcen
10. Alexandra Daddario

Sumber: Indian Express