Penyanyi Shila Amzah gagal dalam kes saman yang difailkan terhadap wartawan hiburan dan dua lagi berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Kosmo di Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Mahkamah turut memerintahkan penyanyi itu dan syarikat Shila Amzah Entertaiment Bhd. selaku plaintif membayar kos sebanyak RM20,000 kepada akhbar Kosmo selaku defendan.

Penerbitan artikel yang didakwa berunsur fitnah itu disiarkan dalam akhbar Kosmo pada 17 September 2014.

Sumber: Kosmo