Bahang dan debaran menuju ke Malam Throwbaek Drama yang bakal berlangsung esok (1 April) kian dirasakan.

Bakal berlangsung di Hotel Primiera, Kuala Lumpur, keseluruhan kategori yang dipertandingkan adalah sebanyak sebelas buah kategori.

Penjurian untuk lapan kategori adalah berdasarkan 50% undian online menerusi laman Instagram H Live (@officialhlive) dan 50% penilaian juri Astro.

Kategori tersebut ialah Kapel Throwbaek, Watak Paling Meminta, Otai Throwbaek, Scene Paling Win, Pelakon Paling Membantu, OST Throwbaek, Hero Throwbaek dan Heroin Throwbaek.

Manakala tiga buah kategori lagi adalah 100% pilihan juri. Kategori-kategori tersebut adalah Drama Throwbaek, Fan Club Throwbaek dan Pelakon Paling Gigih.

Bersempena Malam Throwbaek Drama yang bakal berlangsung esok, berikut merupakan ramalan pemenang Astro Gempak:

KAPEL THROWBAEK - Fattah Amin & Neelofa
Keserasian mereka dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot memang tidak boleh disangkal lagi. Peminat mereka sangat fanatik sehingga terwujudnya hashtag #LoFattah

WATAK PALING MEMINTA - Nadya Shahera
Watak Bella yang digalas Nadya Syahera dalam drama bersiri Dia Semanis Honey membuatkan penonton menyampah. Wujud hashtag #KecamBella untuk memperkatakan mengenai kejahatan yang Bella lakukan di setiap episod.

OTAI THROWBAEK - Dian P. Ramlee
Karakter Cik Puan Marina dalam drama bersiri 100 episod Lara Aishah sememangnya sangat jahat. Kebolehan Dian P. Ramlee dalam merealisasikan watak antagonis harus diberikan pujian.

SCENE PALING WIN - Dia Semanis Honey
Babak Siti Nordiana bergaduh dengan Alif Satar dalam bilik tidur sangat melucukan. Adegan itu kelihatan sangat menjadi sehingga penonton masih memperkatakan mengenainya.

Undi Top 5 : SCENE PALING WIN . . Nama : #DiaSemanisHoney . . Cara : Undian dikira di post ini dengan cara 'like' sekarang. Tarikh tutup undian adalah pada 29 Mac 2017 tepat jam 11.59 MALAM. . . #SCENEPALINGWINThrowBAEKdrama #malamthrowBAEKdrama #throwbackdramaterbaik . . P/s : Pemilihan pemenang adalah 50% berdasarkan 'like' dan 50% pilihan juri professional.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on


PELAKON PALING MEMBANTU - Alvin Chong
Watak lakonan Alvin Chong sebagai Johan dalam drama bersiri Suri Hati Mr Pilot masih diingati penonton sehingga kini. Kecomelan Alvin dalam menuturkan dialog Bahasa Melayu memikat ramai peminat wanita.

OST THROWBAEK - Dia Semanis Honey
Lagu malar segar dendangan Allahyarham Achik Spin bersama Siti Nordiana ini kembali menjadi fenomena semenjak dipilih menjadi lagu runut bunyi drama bersiri Dia Semanis Honey.

HEROIN THROWBAEK - Neelofa
Karakter Warda Erina berjaya divisualisasikan oleh Neelofa. Selepas sekian lama tidak muncul dalam drama bersiri, lakonan Neelofa dalam Suri Hari Mr Pilot kembali membuka mata ramai pihak.

HERO THROWBAEK - Fattah Amin
Kapten Ejaz Fakhri memberi dimensi baru dalam lakonan Fattah Amin. Fattah meninggalkan gelaran kayu selepas dia membawakan watak ini dengan jayanya.

Siapa bakal memenangi anugerah dalam setiap kategori Malam Throwbaek Drama? Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan pada Malam Throwbaek Drama kelak.

Jangan lupa untuk mendapatkan pas masuk untuk ke Malam Throwbaek Drama dan anda berpeluang untuk makan malam bersama artis-artis terkenal.

Tiket biasa dijual dengan harga RM150 dan tiket VIP dijual dengan harga RM550. Tiket VIP adalah termasuk makan malam dan penginapan satu [1] malam di Hotel Premiera Kuala Lumpur untuk dua [2] orang.

Untuk pembelian tiket, sila layari laman web rasmi di www.premiera.com.my atau hubungi talian 03-26151000 bermula 18 Mac 2017. Tempat adalah terhad kepada pemanggil terawal.

Teks oleh: Kamaruddin Razal