Pelakon Emma Maembong dan aktres antarabangsa, Emma Watson kini menjadi perhatian peminat.

Bukan sahaja kerana memiliki nama yang hampir serupa, kedua-dua pelakon cantik ini juga merupakan heroin untuk filem terbaru yang ditayangkan di Malaysia.

Filem tersebut adalah Kimchi Untuk Awak dan Beauty and The Beast yang ditayangkan dipawagam bermula semalam (30 Mac).

Menerusi laman sosial Twitter, peminat mula memberikan pandangan mereka mengenai dua naskah berkenaan.

Rata-ratanya menyatakan pendapat untuk menonton filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang sebagai tanda sokongan kepada filem dan juga artis tempatan.

Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan:

@Ashrul: Jom do kimchi Emma Eaembong kot apala sangat Emma Watson nak dibandingkan ngan emma maembong #sapotmelayu #takkanhilangmelayudidunia

@Ahmadfuad: Jangan sedih tak dapat tengok Emma Watson kalau Beauty and The Beast Pospone, Emma Maembong ada, Kimchi Untuk Awak.


@mussaidi2209: Hollywood - We have Emma Watson, Malaywood - We have Emma Maembong.