Anggota kumpulan Big Bang, T.O.P. kini telah bergelar seorang anggota polis.

Menurut laporan Liputan6.com, T.O.P. telah berjaya menamatkan latihan selama empat minggu bermula 9 Februari lalu di Pusat Latihan Ketenteraan di Nonsan sebelum bergelar anggota polis.

"T.O.P. telah memulakan tugasnya sebagai anggota polis dan ditempatkan di sebuah Balai Polis Gangnam.

"Ini juga merupakan sebahagian daripada modul untuknya dan harus dilaksanakan sepanjang latihan ketenteraan.

"Itu merupakan latihan ketenteraan selama dua tahun yang diwajibkan bagi semua lelaki di Korea Selatan,"kata sumber.

Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak pengurusan T.O.P. menerusi sebuah kenyataan.

T.O.P. dijangka akan menamatkan latihan pada November 2018.